Sabtu, 5 Ogos 2017

Ape itu Sarjana Muda Sains Matematik Komputasi (UMT)?


Matematik komputasi..? 'Komputasi' di sini bukan bermaksud komputer atau kita guna komputer ye.. sis pon tertipu dlu.. 😂 'Komputasi' di sini bermaksud cara menyelesaikan sesuatu masalah (data input) dengan mengunakan suatu Algoritma. Secara ringkas kena proof and show step by step. Algoritma maksudnya prosedur menghitung langkah demi langkah mcm Flow Chart (sama mcm belajar kat matrik).

Tapi kena ingat. bidang ini berbeza dgn Science Comp yang kita pernah belajar dulu. ( hanya membantu sedikit dlm kursus Bahasa Pengaturcaraan Komputer atau C++ Sem 1 nnti ye ). Secara umum, matematik komputasi adalah bidang ilmu yang mempunyai perhatian pada penyusunan model matematik dan teknik penyelesaian numerik serta penggunaan komputer (Maple, R-language, C++, SAS, SPSS, MatLAB,..etc) untuk menganalisis dan memecahkan masalah-masalah ilmu terutama ilmu sains.

Dan adik² kena faham. Selama ini kita belajar matematik dari tadika sehingga SPM/STPM/MATRIK/ASASI tu bukannya matematik sebenar. Jangan terlalu bangga kalau kita dapat full mark math selama ini. Sis pon full mark 😛.. well, Itu baru asas math

1 ulasan:

  1. hello, nak tanye ni. Apa subek yang diambil dalam program ini
    ?

    BalasPadam