Ahad, 6 Ogos 2017

Innisfree Super Volcanic Clay Mousse Mask Review

Anneyong-hasaeyo. Chonun Siti Syamimi himnida. hahaha

Today I want to share with you guys my review on this one product from innisfree which is their Innisfree Super Volcanic Clay Mousse Mask. Here is the product (in the picture below)

Innisfree Super Volcanic Clay Mousse Mask

I just bought this product at Innisfree Suria KLCC, 20 July 2017 ago. And i had try using it. so this is the effect after i apply this clay mask on my face. At the moment I 'wear' the mask, it's start to feel cool and refreshing. it smell so good for me. i really like the fragrance.


THE EFFECT AFTER I USING IT:


-my face become less oily
-remove most of the blackhead and whitehead.
-the sunburn on my face fade away slowly after a few time I apply.

i would really recommend this product for all of you because this product is the boom. hahaha. you wont regret using it.

How to use it:

1. apply the clay mask on your beautiful face hehehe
2. wait until it dry for 10 minutes. i usually wear it for 30 minutes and above just because i love the smell of it hehehe.
3. then, while rinse it with water, make it like a scrub and scrub it all over your face.
4. DONE.
5. you may look in the mirror and smile brightly hehehe just like me after using it.

I LOVE YOU INNISFREE. You are my life saver hahaha.

Sabtu, 5 Ogos 2017

Ape itu Sarjana Muda Sains Matematik Komputasi (UMT)?


Matematik komputasi..? 'Komputasi' di sini bukan bermaksud komputer atau kita guna komputer ye.. sis pon tertipu dlu.. 😂 'Komputasi' di sini bermaksud cara menyelesaikan sesuatu masalah (data input) dengan mengunakan suatu Algoritma. Secara ringkas kena proof and show step by step. Algoritma maksudnya prosedur menghitung langkah demi langkah mcm Flow Chart (sama mcm belajar kat matrik).

Tapi kena ingat. bidang ini berbeza dgn Science Comp yang kita pernah belajar dulu. ( hanya membantu sedikit dlm kursus Bahasa Pengaturcaraan Komputer atau C++ Sem 1 nnti ye ). Secara umum, matematik komputasi adalah bidang ilmu yang mempunyai perhatian pada penyusunan model matematik dan teknik penyelesaian numerik serta penggunaan komputer (Maple, R-language, C++, SAS, SPSS, MatLAB,..etc) untuk menganalisis dan memecahkan masalah-masalah ilmu terutama ilmu sains.

Dan adik² kena faham. Selama ini kita belajar matematik dari tadika sehingga SPM/STPM/MATRIK/ASASI tu bukannya matematik sebenar. Jangan terlalu bangga kalau kita dapat full mark math selama ini. Sis pon full mark 😛.. well, Itu baru asas math

Apekah perbezaan di antara Matematik Aktuari dan Kewangan dengan Matematik Kewangan?

Apekah perbezaan di antara Matematik Aktuari dan Kewangan dengan Matematik Kewangan?

Dear juniors, 
Memandangkan ramai junior yg bertnyakan hal ini. Ini jawapan nye:

Kursus Matematik Aktuari dan Kewangan: 🌸 Tujuan utama program ini untuk menyediakan penge­tahuan asas yang diperlukan oleh ahli aktuari. Program ini juga bertujuan untuk menyediakan para lulusan universiti yang berkaliber bagi mengendalikan urusan perniagaan insurans dan sistem kewangan lain yang bersangkutan dengannya.

Kebanyakan subjek yang terlibat di dalam jurusan ini adalah subjek berkaitan perniagaan ekonomi seperti Perakaunan, Mikroekonomi, Makroekonomi, Kewangan dan lain-lain kerana kebiasaannya akan ‘terjun’ ke syarikat-syarikat ternama, bank-bank, syarikat insurans atau menubuhkan konsultasi sendiri.
Selain itu, subjek yang paling penting ialah Matematik dan ia lebih tertumpu pada topik-topik seperti kebarangkalian (Probability), Statistik ( Statistics) , Kalkulus ( Calculus). Sebagai contoh dalam menentukan kadar Premium Insurans , ia memerlukan Statistical Model untuk menentukan bayaran yang perlu dikenakan pada pemilik insurans tersebut.
Pelajar yang ingin mengikuti program ini dan me­milihnya sebagai kerjaya perlu mempunyai kemahiran matematik dan bahasa Inggeris yang baik. Kemahiran pengurusan dan komunikasi yang berkesan juga penting memandangkan seorang aktuari itu perlu berjumpa dan berbincang dengan orang ramai.

Untuk memperoleh kemahiran tersebut, semasa pengajian pelajar akan didedahkan dengan pengajian asas matematik seperti statistik, kuantitatif, algebra dan sebagainya. Selain itu, pelajar didedahkan dengan asas ekonomi, matematik kewangan, asas perakaunan dan kewangan, matematik aktuari, kaedah berangka, kaedah statistik, teori risiko, analisis pelaburan dan pengurusan portfolio, perancangan dan pengawalan aktuari dan isu-isu dalam sains aktuari.

Secara ringkasnya, Sains Aktuari bukanlah jurusan yang mudah dan boleh dipandang rendah. Ianya bukan ’Kos Laut’, ’Kos kaji ikan’ mahupun ’Kos akuamarin’.Bagi sesiapa yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang Sains Aktuari,anda harus mempunyai maklumat yang cukup sebelum membuat keputusan. Terlajak perahu boleh berundur, tersilap pilihan jiwa merana.

Bagi matematik kewangan shj pula : 🌸 Kewangan matematik merupakan aplikasi kaedah matematik lanjutan kepada pasaran kewangan dan pengurusan kewangan, menggunakan teknologi komputer lanjutan untuk meramal tingkahlaku pasaran dan mencadangkan strategi untuk pelaburan.

Dewasa ini, bank dan institusi kewangan lain biasanya menggunapakai teknik matematik dan teori kewangan untuk mendapatkan faedah kompetitif. Model matematik di gunakan untuk meramalkan pulangan, mengukur risiko dan nilai urusniaga yang lebih hebat. Kaedah program yang di bangunkan, serta di bantu oleh teknologi komputer lanjutan, merupakan peralatan yang sesuai untuk pedagang dan pengurus portfolio. Perkembangan ini telah membawa kepada permintaan yang hebat terhadap siswazah yang mempunyai pengetahuan dalam matematik kewangan.

Matematik kewangan boleh membantu Malaysia untuk menjadi lebih kompetitif dalam menangani permasalahan berkaitan dengan perdagangan, pelaburan, pemasaran antarabangsa dan globalisasi. Mereka yang berminat menceburi bidang ini perlu mempunyai skil dan minat yang tinggi terhadap matematik, ekonomi dan kewangan.

Siswazah dalam bidang Matematik Kewangan mempunyai peluang kerjaya yang lebih luas terutama sekali di bank pelaburan dan komersial, firma pelaburan dan broker, syarikat insuran, firma perakaunan dan perundingan, jabatan treasuri bagi korporasi bukan-kewangan, institusi awam dan organisasi antarabangsa, serta vendor teknologi dan perisian yang menyediakan produk dan perkhidmatan kepada industri kewangan. 

Facebook: Siti Syamimi
Instagram: syamimi_ramli
Youtube channel: syamimi ramli