Last post was in 2014 hahhhh!!! omg! it's been so long huh! hahahaha
okay harini tak tahu la tiba-tiba rasa macam nak tulis sikit pengalaman masa semester satu di universiti malaysia terengganu ( umt ).
So, masa awal-awal dpt result tu check dgn sms dpt UMT. Masa tu terfikir aku ada pilih UMT ke dlm UPU haritu. Rasa macam tak boleh nak percaya. Bukak laptop pulak check sekali lagi. Tengok tengok betul lah dapat UMT dengan kursus sarjana muda sains matematik kewangan. Ye, aku seronok dapat kursus yang memang aku pilih setiap universiti dalam upu tapi tu la. Perasaan bila bekas UM dpt UMT. of course la dulu sgt la berharap dapat UM jgk sbb ramai kawan plus seronok dah tinggal dekat Kuala Lumpur sbb ramai saudara mara dekat sana. Ni bila dpt UMT terfikir la jugak, Sape la nak tolong aku nanti. memang takde saudara langsung dekat sini. hurmmm
Awal-awal pegi daftar che ta (kawan aku nama sbnr dia RUZITA BINTI AHMAD) yang paling excited. Tiap2 masa whatsapp tanya dah smpai ke belom. HAHAHA. Che Ta Che Ta. So, smpai sana terkejut la jgk tengok UMT ni rupa-rupanya 6kali jauh lagi kecik daripada UM. Sumpah aku terkejut tapi masuk je. Abah parking kereta dekat dataran canselori then my parent and i jalan masuk Dewan Sultan Mizan (DSM). masuk2 je semua fasi2 mmg peramah. Yang paling diku terkejut time nak msk dome tu fasi siap angkat beg untuk setiap pelajar baru. Masya-Allah apekah ini semua? hahahah sumpah rase insecure. ingat kan ade prank nak seksa ke ape ke lepas tu rupanya mmg tradisi UMT ni smbut budak dengan cara baik.
so sepanjang MJM (Minggu Jalinan Mesra) mmg baik2 la fasi. Mase aku sakit gastrik ramai giler fasi2 yg tolong aku. HAHAHAHA. Tapi tu la. Hati aku masih lagi pada UM masa tu. Sepanjang orientasi tu tak habis2 aku membandingkan MJM dgn MHS. urghhhhh....stress giler time tu. boleh pulak roomate yg jenis senyap(mase awal2 tu je senyap). balik je aktiviti orientasi tu terus mansi,solat,tidur. tak sempat langsung nak borak-borak ke ape. BOSAN GILER WEHHH. takde kawan la katakan. dgn Che ta je aku berkepit tapi tu pon kejap je sbb kene terpisah ikut kursus masing2. Hurmmm....
tapi mabis je MJM aku dpt byk kawan plus ramai jgk budak PASUM yang aku jumpa. Mase tu la aku sedapkan diri ckp yg ini mmg takdir kau. Ade sbb kenapa Allah SWT tak bg kau duduk UM. Mungkin kau tak boleh carry nnti kalau kau still dekat UM. duduk dekat UMT ni pon tak pernah lagi dpt dekan. ni kan pulak kalau duduk dekat UM yg dekat dgn bandar metropolitan.
sekarang dah semester 3 di UMT alhamdulillah dah rasa sayang UMT tu di hati . HIKHOK
ni roommate saya. yg dekat tgh tu. yang tudung mustard tu kawan roommate masa form 6. dia selalu menyibuk dalam bilik. kami tinggal berdua je dalam bilik sbb sorg tu orang terengganu so dia ulang alik rumah dgn u. brg2 dia still ade dlm bilik. kadang je dia dtg kalau mcm ade gap class dia 2 jam. yg sorg lagi pulak tinggal UMT sbb malu dgn aku. ade la sbb dia. malas nak cerita, nanti kang mengaibkan org pulak.